assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

Wednesday, December 4, 2013

Kawan..

Assalamualaikum..
Kali ni jom bercerita mengenai kawan. :)

Kita digelar sebagai REMAJA mesti sentiasa berfikir kenapa lah kita ni diduga dengan pelbagai masalah sehingga frust gilakss. Kan ? Relax.. Kita ada akal, gunakan dengan sempurna. :)
Mengucap banyak-banyak dan muhasabah diri..

Sebenarnya masalah kawan ni memang akan kita hadapi ketika remaja. Ada yang sedih sebab tikam belakang, sedih sebab tinggalkan kita, sedih sebab dah tanak kawan dengan kita.. Sabar ye adik-adik..

Tu semua ada hikmah.. Mungkin mereka tak begitu baik untuk kita atau mungkin kita akan tidak menghargai mereka. Banyak lagi manusia yang boleh dijadikan kawan. Malah bukan kawan. Tapi sahabat.. :)

Kalau nak cari kawan kena lah memilih. Kalau dia boleh mempengaruhi kita pengaruh jahat, tinggalkan dia. Kalau mampu, nasihatkan dia untuk berubah. Tapi kalau dia mempengaruhi kita benda yang baik, janganlah sesekali tinggalkan dia. Korang pasti akan menyesal kendian hari. :3

Lagi satu.... Budak-budak sekarang suka sangat berkawan dengan berlainan jantina. Lepas tu, jatuh hati, suka , couple dan rosakkan dia.
Adik-adik... Jangan la begitu.. Setting niat tu dulu. Niat untuk berkawan untuk share problem bila kita susah dan jadi orang yang tolong dia ketika susah pulak. Niat berkawan kerana Allah. :)
Bila niat terpesong, tu la mula jadi macam-macam. Hubungan sebagai kawan hancur sebab takde keberkatan. :3

Janganlh jugak kerana pakwe makwe, korang bergaduh berlebihan. Hubungan kawan susah dibina, tapi mudah hancur macam tu je. Kalau gaduh kerana isteri atau suami takpe la. Sebab tu tanggungjawab kita. Kalau gaduh sebab couple, CHILDISH... :D Guna la akal tu ek. Malas cakap banyak. Haha.

Btw, Bila ada kawan yang baik, hargai dan jagalah dia... Jangan nak rosakkan dia atau abaikan dia. 
Nanti Allah beri pembalasan mungkin di dunia atau akhirat. ;)

Assalamualaikum. :D

Assalamualaikum. :)
Seronoklah adik-adik sekarang tengah cuti panjang. Kan ?
Saya ni budak STPM. Baru je habis exam Penggal 1. PErghhh.. Memang susah. :3
Adik-adik yang lepas SPM tu sementara cuti panjang ni, cari la duit dengan kerja HALAL ye. 
Kumpul duit gaji tuu untuk sambung belajar. Jangan boros nak beli gajet-gajet sekarang.
Nak beli pun kena berjimat. Kena gak masukkan dalam bank duit tu. Get it ? ;)

Bagi adik-adik lepasan SPM, saya nak ingatkan bila dapat tawaran sambung belajar tu.
Sementara tunggu tawaran UPU, masuk Form 6 dulu.
Contohnya, adik tak dapat tawaran U, boleh sambung belajar di Form 6. Sijil dia lagi laku daripada Diploma, Matrik dan sijil Politeknik tau. Universiti lain pandang tinggi kat pelajar Form 6 ni.
Kalau adik-adik nak sambung degree cepat, ambil la Form 6.
Cuma 1 tahun 5 bulan je. Kawan-kawan baru habis Diploma 3 tahun, korang dah 2nd Sem Degree dah.

Tapi tu lah adik-adik.. Setting niat dulu. Niat itu penting. Kalau niat nak belajar dan ambil degree, ambil lah Form 6. Tapi kena struggle. Tak boleh main-main. :)
Jangan dengar kata-kata kawan yang lain, Jangan ikut perasaan sangat nak masuk U ambil diploma sehingga sanggup korbankan masa depan dan cita-cita dengan ambil kos merepek dan kos yang tak minat. 
Fikirlah elok-elok.. Bincang dengan kaunselor sekolah dan ibu bapa. :)

Oke lah. Itu je peringatan daripada saya. Saya taknak adik-adik menganggur bila silap pilih kos kat U.
Bubye. Assalamualaikum. :)

Follower yang cun dan kacak belaka