assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

Wednesday, December 4, 2013

Kawan..

Assalamualaikum..
Kali ni jom bercerita mengenai kawan. :)

Kita digelar sebagai REMAJA mesti sentiasa berfikir kenapa lah kita ni diduga dengan pelbagai masalah sehingga frust gilakss. Kan ? Relax.. Kita ada akal, gunakan dengan sempurna. :)
Mengucap banyak-banyak dan muhasabah diri..

Sebenarnya masalah kawan ni memang akan kita hadapi ketika remaja. Ada yang sedih sebab tikam belakang, sedih sebab tinggalkan kita, sedih sebab dah tanak kawan dengan kita.. Sabar ye adik-adik..

Tu semua ada hikmah.. Mungkin mereka tak begitu baik untuk kita atau mungkin kita akan tidak menghargai mereka. Banyak lagi manusia yang boleh dijadikan kawan. Malah bukan kawan. Tapi sahabat.. :)

Kalau nak cari kawan kena lah memilih. Kalau dia boleh mempengaruhi kita pengaruh jahat, tinggalkan dia. Kalau mampu, nasihatkan dia untuk berubah. Tapi kalau dia mempengaruhi kita benda yang baik, janganlah sesekali tinggalkan dia. Korang pasti akan menyesal kendian hari. :3

Lagi satu.... Budak-budak sekarang suka sangat berkawan dengan berlainan jantina. Lepas tu, jatuh hati, suka , couple dan rosakkan dia.
Adik-adik... Jangan la begitu.. Setting niat tu dulu. Niat untuk berkawan untuk share problem bila kita susah dan jadi orang yang tolong dia ketika susah pulak. Niat berkawan kerana Allah. :)
Bila niat terpesong, tu la mula jadi macam-macam. Hubungan sebagai kawan hancur sebab takde keberkatan. :3

Janganlh jugak kerana pakwe makwe, korang bergaduh berlebihan. Hubungan kawan susah dibina, tapi mudah hancur macam tu je. Kalau gaduh kerana isteri atau suami takpe la. Sebab tu tanggungjawab kita. Kalau gaduh sebab couple, CHILDISH... :D Guna la akal tu ek. Malas cakap banyak. Haha.

Btw, Bila ada kawan yang baik, hargai dan jagalah dia... Jangan nak rosakkan dia atau abaikan dia. 
Nanti Allah beri pembalasan mungkin di dunia atau akhirat. ;)

Assalamualaikum. :D

Assalamualaikum. :)
Seronoklah adik-adik sekarang tengah cuti panjang. Kan ?
Saya ni budak STPM. Baru je habis exam Penggal 1. PErghhh.. Memang susah. :3
Adik-adik yang lepas SPM tu sementara cuti panjang ni, cari la duit dengan kerja HALAL ye. 
Kumpul duit gaji tuu untuk sambung belajar. Jangan boros nak beli gajet-gajet sekarang.
Nak beli pun kena berjimat. Kena gak masukkan dalam bank duit tu. Get it ? ;)

Bagi adik-adik lepasan SPM, saya nak ingatkan bila dapat tawaran sambung belajar tu.
Sementara tunggu tawaran UPU, masuk Form 6 dulu.
Contohnya, adik tak dapat tawaran U, boleh sambung belajar di Form 6. Sijil dia lagi laku daripada Diploma, Matrik dan sijil Politeknik tau. Universiti lain pandang tinggi kat pelajar Form 6 ni.
Kalau adik-adik nak sambung degree cepat, ambil la Form 6.
Cuma 1 tahun 5 bulan je. Kawan-kawan baru habis Diploma 3 tahun, korang dah 2nd Sem Degree dah.

Tapi tu lah adik-adik.. Setting niat dulu. Niat itu penting. Kalau niat nak belajar dan ambil degree, ambil lah Form 6. Tapi kena struggle. Tak boleh main-main. :)
Jangan dengar kata-kata kawan yang lain, Jangan ikut perasaan sangat nak masuk U ambil diploma sehingga sanggup korbankan masa depan dan cita-cita dengan ambil kos merepek dan kos yang tak minat. 
Fikirlah elok-elok.. Bincang dengan kaunselor sekolah dan ibu bapa. :)

Oke lah. Itu je peringatan daripada saya. Saya taknak adik-adik menganggur bila silap pilih kos kat U.
Bubye. Assalamualaikum. :)

Sunday, October 6, 2013

Hey Hey ! I'm back ! ^_^

Assalamualaikum. Waaaa... Lamanya tak update blog. HAhaha. 
Serius bila dah lama tak update blog, otak jadi blank, kosong jee.. 
Tapikan... Saya cuma nak cerita yang saya dapat sambung belajar di UPTES..
Jeng jeng jeng !!
UPTES tu Unit Pengajian Tingkatan Enam Semarak. Suspens tak ? hahaha. :p
Umm. Tak dinafikan la saya memang cemburu tengok kawan-kawan yang masuk U.
Sedangkan kawan-kawan yang result rendah pun dapat.
 Tapi takpe la.. Takde rezeki kan. Mungkin ada hikmahnya. :)
Sepanjang 6 bulan saya di Form 6, memang susah nak bawak. Susah~~
Almaklum la sekarang an da guna sistem baru iaitu sistem modular macam sistem semester di universiti.
Tapi masa belajar terlampau singkat. Weww ! -..-"
So, kalau nak masuk form 6, pikir lah banyak2 kali ya. 
Kalau taknak belajar, better tak payah masuk. Kalau cita-cita nak ada kerjaya lepasan degree, masuk la. :)
Btw, good luck kepada kawan-kawan yang diluar sana tu termasuk para blogger yang sedang baca entri saya ni.. Muaahhh !! Love U All !! ^^*

Monday, June 17, 2013

Kembali Berblogging ! ^^*

Hai haii !! Assalamualaikum bloggerzzz ! Wow ! Sudah lama saya tak update entri blog saya ni. Hehe. Maklum la... Busy je. Dengan SPM nye lagi.. Pastu kerja.. Sekarang lak kembali belajar di Form 6 sebab cita-cita nak jadi cikgu. Tapi takde rezeki dapat IPG an. Hahaha. Btw, Korang sehad kan ? Peace !! Ceria selalu oke. ^o^  Salah satu sebab dah lama tak berblogging ni sebab dah tak guna laptop. Baru je beli semalam kat Low Yatt.. Hahaha. Rindu doww nak berblogging ni. Haaa.. Entri saya kali ni nak post laptop baru saya. Al maklum lahhhh.. Ada orang tu nak sangat tengok an. Kesian lak kalau tak bagitau. Ni un dah janji. Janji mesti kena tunaikan. Betul tak kawan2 ? ^^*


Haa.. Itu la laptop baru saya.. Meyh lihat apa ciri-ciri nya oke. =>

Jenama : Lenovo G480
Harga : RM****
Hard Disk : 1 TB
RAM : 8GB RAM
Grafic Card : Geforce GT635
Processor : Intel Core i5

Itu je lah ciri-ciri basic. Yang lain tu malas bagitau. Kikikiki.. :') Haaa.. Yang mouse tu rahsia... Tapi best guna. Puas hati lahhh. Mouse tu khas untuk game. Cadang nak beli jenama Razers punya. Tapi kat kedai tu tak jual. Maklum la.. Mahal sangat. :3 So, itu je la madah daripada saya hari ini. Hope korang enjoy ye. Bubye.. Assalamualaikum. :)

Friday, March 15, 2013

Alhamdulillah.. :D

Assalamualaikum all bloggers !! xD
Saya saja je nk share cerita kt korang... Asyik cerita yg sama je, mesti korang bosan an ? Hoho.
Bulan ni saya da 4 bulan kerja... Gaji 1st saya, saya beli motor baru. Bayar cash.. hehehe.
Gaji bulan kedua pulak, saya beli fon S3 Mini...
Hujung bulan 3 ni saya dah nak berhenti kerja da...
Tapi.... Boss tak bagi sbb khidmat saya amat diperlukan.
Kalau tak, huru hara la nanti. Tapi tak pe Encik ****....
Insyaallah semua nye akan oke dan berjalan lancar. Amin.. :)
Btw, tak sabar nye la nak dpt result SPM next week...
Tapi tu la... Tak tau lagi bila tarikh yg confirm akan keluar result.. hahaha..
Saya upload an pics henfon saya je.. 
Maaf ye.. Segan nk tunjuk an motor baru. :p

Ni la S3 mini. Tapi ambil kt web. Tak dpt nak letak pics fon sendiri.. Hoho.



Wednesday, January 16, 2013

Assalamualaikum all bloggerz.... Lama x dgr khabar korang.. Saya kt sini sehad aje.. :D
Sory la sbb da lama x update post. Maklum la.. Saya an SPM candidate 2012. Sebokk sikit...
Saya harap korang doakan saya dpt 7A dlm spm tau.. 
MOOD : #RinduNakUpdateBlog   ^(OO)^

Follower yang cun dan kacak belaka