assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Daisypath Happy Birthday tickers

cursor

Tuesday, February 10, 2015

Cara Kira Result STPM Baharu

Ini adalah Nilai Gred dan Markah yang sekarang.

Peratus Markah Kertas
Gred Kertas
Nilai Gred Kertas (PNGK)
80–100
A
4.00
75–79
A -
3.67
70–74
B +
3.33
65–69
B
3.00
60–64
B -
2.67
55–59
C +
2.33
50 – 54
C
2.00
45–49
C -
1.67
40–44
D +
1.33
30–39
D
1.00
0–29
F
0.00


















Ini cara kira gred purata 3 penggal.


Contoh: Pengiraan subjek pengajian Am



PA1 C+ = 2.33x29% = 0.6757


PA2 B = 3.00x22% = 0.66

PA3 B+ = 3.33x29% = 0.9657


PBS A = 4.00x20% = 0.8

So lepas tu + smua (0.6757+0.66+0.9657+0.8 = 3.1)


Jadi 3.1 adalah lingkungan markah B (3.00-3.32) jadi dapat la 3.00 pointer utk PA


ini merupakan cara pengiraan Pengajian Am . bagi mata pelajaran yang lain, bolehlah guna wajaran dibawah ni




WAJARAN. Hitunglah ikut subjek masing-masing


pengajian am sem1,2,3,pbs = 29%,22%,29%,20%

bahasa melayu sem1,2,3,pbs = 33%, 20% , 22% , 25%

pengajian perniagaan sem1,2,3,pbs = semuanya 25%


sejarah sem1,2,3 pbs = 29% , 22% , 29% , 20%


Ekonomi : Sem 1, 2, 3, pbs =  32%, 32%, 16%, 20%

Seni : Sem 1, 2 ,3 = 40%, 35%, 25%
             



Selepas korang kira setiap Subjek, Cuba tambah keempat2 pointer tu ( setiap subjek ) dan bahagi dengan 4 .. kenapa 4 ? sebab kita ambil 4 subjek .. yang ambil 5 subjek tu, bahagi 5 lah ya :D



Contohnya : 3.00+2.85+2.77+2.50 = 11.12


11.12 Bahagi 4 = 2.78

Pointer anda = 2.78


#Ok.. Ini contoh saya ambil daripada blog2 lain. Faham tu memang la faham. Tapi saya cuba kira sijil STPM abang saya tahun lepas, tak dapat jugak jumlah sebenar seperti dalam sijil tu. Rasa nya la kan, MPM ada formula tersendiri la. Orang terrer math pun tak dapat solve kan. hahaha~ -,-"

Dan satu lagi... Kalau la sape2 yang blogwalking kat sini tau cara sebenar nak kira tepat result STPM baru ni, tolong komen2 la ye. Share2 ilmu.. Tak salahkan ? Dapat pahala berganda. JAaa~ Bubye. ^^*

No comments:

Post a Comment

Follower yang cun dan kacak belaka